Suatu Program Teori dan Praktikal Bekam telah diadakan terhadap para pelajar Pondok Saadah Addaarain dengan tujuan:
1. Memberi pemahaman menyeluruh tentang konsep bekam sebagai salah satu kaedah rawatan tradisional dan kaitannya dengan agama Islam.
2. Membentuk kemahiran praktikal peserta untuk melakukan bekam dengan cara yang selamat, bersih, dan beretika.
Untuk menjayakan program ini, Pondok telah menjemput Pakar Bekam iaitu Presiden Persatuan Perubatan Islam Hijamah Malaysia (PERHIJAM) Ustaz Abd. Hadi Mohd Isa






