Program Taklimat Bomba & Praktikal Memadam Kebakaran kepada pelajar asrama Pondok Saadah Addaarain
Sebuah program bersama Bomba telah diadakan di Pondok Moden Tahfiz Saadah Addaarain bertujuan:
1. Meningkatkan Kesedaran Memberi pendedahan tentang bahaya kebakaran dan langkah pencegahan awal.
2. Memahami Prosedur Kecemasan Memberi pengetahuan tentang cara bertindak semasa kecemasan kebakaran, termasuk laluan keluar, titik berkumpul, dan penggunaan alat pemadam api.
3. Membentuk Sikap Bertanggungjawab Menanamkan disiplin serta kesedaran menjaga keselamatan diri, rakan sebilik, dan harta benda asrama.
4. Mengurangkan Risiko dan Kecederaan Mempastikan pelajar mampu bertindak pantas dan selamat, sekali gus meminimumkan risiko kecederaan atau kehilangan nyawa sekiranya berlaku kebakaran.












