Penubuhan Pondok Moden Saadah Addaarain ini diwujudkan dengan matlamat di atas kesedaran bahawa kurangnya golongan para hafiz yang alim di negeri ini khasnya dan seluruh negara amnya, di samping berperanan menyampaikan ilmu-ilmu agama dan dakwah Islamiah kepada masyarakat melalui pengajian kitab thuras. Kewujudan Pondok Moden Saadah Addaarain ini bertepatan dengan masanya kerana terdapat hanya beberapa buah Madrasah tahfiz sahaja di seluruh negara dengan bilangan yang terhad.
Objektif penubuhan adalah seperti berikut:-
۞ Melahirkan generasi yang mencintai kalam ilahi, menghafaz, memahami dan mengamalkannya serta menyebarkannya kepada orang lain.
۞ Melahirkan generasi yang mencintai dan mengamalkan sunnah Nabi dan beramal dengannya.
۞ Melahirkan sebuah keluarga muslim yang sebenar, di mana anak–anak kasih dan hormatkan kedua ibu bapa.
۞ Melahirkan generasi Islam yang berilmu, beriman, beramal, berpenghayatan dan berjiwa berakhlak mulia.
۞ Melahirkan insan yang kamil lagi muktakammil di bawah naungan Al–Quran dan As-Sunnah.
۞ Melahirkan para Huffaz (Hafiz dan Hafizah) dan Ulama’ Alim yang bertaqwa, berketerampilan, diiktiraf
selaras dengan keperluan ummah dan negara.
۞ Mewujudkan pemeliharaan Al-Quran sebagai aset umat untuk generasi
akan datang dan menjadikan isikandung Al-Quran pada jasad individu muslim sebagai Al-Quran bergerak untuk dijadikan sebagai panduan secara praktikal pada seluruh alam.
۞ Menyediakan kursus Bahasa Arab perbualan dan pengajian khusus kepada pelajar yang telah lulus
ujian peperiksaan dan ingin menyambung pengajian mereka ke luarnegara.