Kemas kini: Khamis, 6 November | 9.00 pagi
Alhamdulillah, kerja-kerja pembinaan Safinah terus berjalan dengan baik dan lancar. Setakat pagi ini, sebanyak 24 daripada 98 lubang point pilecap telah siap digali.
Kerja penggalian ini merupakan antara fasa penting dalam penyediaan tapak asas struktur utama bangunan. Pasukan di tapak telah mengambil langkah untuk meneruskan kerja penggalian secara berterusan sehingga selesai bagi menjimatkan masa dan kos sewa jentera untuk fasa seterusnya.
Usaha ini dilaksanakan dengan penuh semangat dan rasa tanggungjawab, kerana setiap inci tanah yang digali bukan sekadar kerja fizikal, tetapi satu langkah menuju terbinanya sebuah pusat ilmu dan tarbiah yang diharap menjadi safinah najah; bahtera keselamatan buat generasi akan datang.

©

©

©

©

©

©
