KUNJUNGAN MESRA DARI IPD BANTING KE PMTSA

Pada Hari Jumaat yang penuh barakah, 31 Oktober 2025, Pondok Moden Tahfiz Saadah Addaarain (PMTSA) telah menerima kunjungan mesra daripada pegawai Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat. Kehadiran mereka disambut mesra oleh pihak pengurusan sekolah serta beberapa orang guru dan pelajar.
Ziarah ini bertujuan mempererat hubungan antara pihak IPD dan institusi pendidikan Islam setempat, selain membincangkan usaha-usaha bersama dalam memastikan keselamatan pelajar serta persekitaran sekolah sentiasa terpelihara. Dalam sesi pertemuan tersebut, pihak IPD turut berkongsi nasihat dan pesanan penting kepada para pelajar agar sentiasa menjaga disiplin, menjauhi gejala negatif, serta menjadi insan yang bertanggungjawab kepada diri, keluarga dan masyarakat.
Kehadiran pegawai IPD ke PMTSA turut memberi ruang kepada kedua-dua pihak untuk bertukar pandangan dan merancang program kesedaran bersama yang akan dilaksanakan pada masa akan datang. Suasana perbincangan berlangsung dalam keadaan santai namun penuh manfaat, mencerminkan hubungan baik antara agensi keselamatan dan institusi pendidikan Islam di daerah Kuala Langat.
Pihak PMTSA merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada IPD Kuala Langat atas keprihatinan dan komitmen mereka dalam mendekati golongan pelajar. Semoga jalinan kerjasama ini terus subur dan menjadi asas kepada pembinaan generasi muda yang berakhlak, berdisiplin dan berjiwa patriotik.

Kongsikan Artikel Ini:

SYARAT KEMASUKAN

Kemasukan ke Pondok Moden Tahfiz Saadah Addaarain adalh tertakluk kepada syarat-syarat dan terma.

BORANG PERMOHONAN

Kemasukan pelajar ke Pondok Moden Tahfiz Saadah Addaarain boleh dibuat secara online. Klik link di bawah ini untuk mohon.

Derma

Segala sumbangan ikhlas untuk memperkukuhkan inisiatif kami ini boleh disalurkan kepada akaun berikut:

Pondok Moden Saadah Addaarain
5628 7050 2950