MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN PENYAMPAIAN SANAD KITAB-KITAB ASAS | 11 DISEMBER 2025

Alhamdulillah, pada hari Khamis bersamaan 11 Disember 2025, telah berlangsung Majlis Khatam Al-Quran dan Penyampaian Sanad Kitab-Kitab Asas bertempat di Musolla Raudhah, Pondok Moden Tahfiz Saadah Addaarain. Majlis ini dianjurkan sebagai tanda kesyukuran dan meraikan para pelajar yang telah mencapai kejayaan besar dalam pengajian Al-Quran dan kitab-kitab asas.
Majlis yang sarat dengan keberkatan ini menghimpunkan para asatizah, pelajar serta ibu bapa bagi menyaksikan detik bersejarah melibatkan 5 orang pelajar yang telah berjaya menghafaz 30 juzuk Al-Quran dengan sempurna. Selain itu, turut diraikan 16 orang pelajar muslimin dan muslimat yang telah berjaya menghatamkan beberapa buah kitab asas, serta layak menerima sanad pengajian daripada Tuan Guru Abuya.
Program bermula pada jam 9.30 pagi, dimulai dengan bacaan ummul kitab, diikuti alunan bacaan Al-Quran oleh para pelajar. Suasana majlis tambah bermakna apabila para hadirin dapat melihat sendiri perjalanan para pelajar yang telah berusaha gigih menamatkan hafazan dan pengajian kitab di bawah bimbingan para guru. Penyampaian sanad oleh Tuan Guru Abuya dan para asatizah menjadi kemuncak majlis, sebagai simbol pengiktirafan ilmu dan amanah penyampaian kepada generasi seterusnya.
Keseluruhannya, majlis ini berlangsung dalam suasana penuh harmoni, tertib dan berkat. Ia bukan sahaja meraikan kejayaan pelajar, tetapi juga menjadi motivasi kepada seluruh warga Pondok Moden Tahfiz Saadah Addaarain untuk terus berusaha mengangkat martabat ilmu Al-Quran dan pengajian turath dalam kehidupan seharian.
A

Kongsikan Artikel Ini:

SYARAT KEMASUKAN

Kemasukan ke Pondok Moden Tahfiz Saadah Addaarain adalh tertakluk kepada syarat-syarat dan terma.

BORANG PERMOHONAN

Kemasukan pelajar ke Pondok Moden Tahfiz Saadah Addaarain boleh dibuat secara online. Klik link di bawah ini untuk mohon.

Derma

Segala sumbangan ikhlas untuk memperkukuhkan inisiatif kami ini boleh disalurkan kepada akaun berikut:

Pondok Moden Saadah Addaarain
5628 7050 2950