HARI SUKAN PMTSA 2025 | 01 DAN 02 DISEMBER 2025

Alhamdulillah, pada 1 dan 2 Disember 2025, para pelajar PMTSA telah mengikuti dua program outdoor yang diadakan di Padang Taman Pahlawan. Program ini merangkumi Liga Bola pada hari pertama dan Sukaneka Outdoor pada hari kedua. Kedua-dua aktiviti ini dianjurkan bagi mengisi masa cuti para pelajar di samping menggalakkan gaya hidup sihat, kerjasama dan semangat berkumpulan.

Pada hari pertama, 1 Disember 2025, para pelajar mula bersiap seawal jam 7.20 pagi sebelum bergerak ke padang pada jam 7.30 pagi. Setibanya di padang, program dimulakan dengan bacaan doa pembukaan dan taklimat ringkas pada jam 8.00 pagi. Tidak lama selepas itu, semua pelajar melakukan sesi regangan dan senaman ringan yang dipimpin oleh Ust Zulkhaïr sebagai persiapan sebelum perlawanan bermula.

Liga bola pada hari tersebut melibatkan empat pasukan iaitu Team A, Team B, Team C dan Team D. Setiap perlawanan berlangsung selama 15 minit dan dijalankan mengikut jadual yang ditetapkan. Perlawanan pertama bermula pada jam 8.30 pagi, diikuti siri-siri perlawanan seterusnya sehingga jam 10.55 pagi. Sepanjang pertandingan, suasana kelihatan meriah dengan sorakan rakan-rakan serta semangat kesukanan yang ditunjukkan oleh setiap pemain. Program hari pertama tamat pada jam 11.15 pagi dengan ucapan ringkas dan doa penutup sebelum semua pelajar bersurai.

Keesokan harinya, 2 Disember 2025, berlangsung pula Program Sukaneka Outdoor Pelajar PMTSA di lokasi yang sama. Seperti hari sebelumnya, pelajar bersiap awal dan bergerak ke padang pada jam 7.30 pagi. Program dimulakan dengan taklimat ringkas dan bacaan doa sebelum sesi senaman ringan bersama Ust Fazran.

Aktiviti sukaneka bermula pada jam 8.30 pagi dan melibatkan pelbagai permainan menarik seperti lari dalam kain sarung, memakai seluar tanpa pegang, memasukkan bola ke dalam botol dan ke dalam goal, makan biskut tanpa sentuh, isi air dalam botol, run and stop, passing tepung, tarik tali, sangkut bakul serta pijak belon. Kesemua aktiviti dijalankan dalam suasana ceria dan penuh gelak tawa, namun tetap terkawal dan selamat. Para pelajar kelihatan sangat teruja dan aktif menyertai setiap acara yang disediakan.

Program sukaneka berakhir pada jam 11.15 pagi dengan ucapan penutup daripada guru pengiring dan mudir serta bacaan doa sebelum semua pelajar bergerak pulang. Secara keseluruhannya, kedua-dua program berjalan dengan lancar dan berjaya mencapai objektifnya. Program ini bukan sahaja menceriakan para pelajar, malah mengeratkan hubungan sesama mereka serta menanamkan nilai kerjasama dan disiplin dalam diri masing-masing.

Kongsikan Artikel Ini:

SYARAT KEMASUKAN

Kemasukan ke Pondok Moden Tahfiz Saadah Addaarain adalh tertakluk kepada syarat-syarat dan terma.

BORANG PERMOHONAN

Kemasukan pelajar ke Pondok Moden Tahfiz Saadah Addaarain boleh dibuat secara online. Klik link di bawah ini untuk mohon.

Derma

Segala sumbangan ikhlas untuk memperkukuhkan inisiatif kami ini boleh disalurkan kepada akaun berikut:

Pondok Moden Saadah Addaarain
5628 7050 2950