PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2025

Alhamdulillah, pada hari Isnin, 17 November, PMTSA telah memulakan Peperiksaan Akhir Tahun bagi sesi pembelajaran semasa. Suasana pagi bermula dengan penuh tertib dan disiplin apabila para pelajar berkumpul mengikut kelas masing-masing sebelum memasuki Musolla Raudhah sebagai tempat peperiksaan.

Untuk hari pertama, peperiksaan dimulakan dengan Ujian Hafazan al-Quran, melibatkan semua pelajar mengikut tahap dan sukatan hafazan masing-masing. Guru-guru pemeriksa telah bersedia di tempat masing-masing untuk mendengar bacaan pelajar, menilai ketepatan hafazan, tajwid serta kelancaran mereka.

Sepanjang sesi berlangsung, para pelajar menunjukkan kesungguhan dan adab yang baik, manakala barisan guru memberikan bimbingan serta semangat kepada mereka. Peperiksaan berjalan dengan lancar dan teratur.

Semoga peperiksaan pada hari-hari berikutnya juga dipermudahkan Allah SWT dan semua pelajar diberikan kekuatan serta ketenangan.

Kongsikan Artikel Ini:

SYARAT KEMASUKAN

Kemasukan ke Pondok Moden Tahfiz Saadah Addaarain adalh tertakluk kepada syarat-syarat dan terma.

BORANG PERMOHONAN

Kemasukan pelajar ke Pondok Moden Tahfiz Saadah Addaarain boleh dibuat secara online. Klik link di bawah ini untuk mohon.

Derma

Segala sumbangan ikhlas untuk memperkukuhkan inisiatif kami ini boleh disalurkan kepada akaun berikut:

Pondok Moden Saadah Addaarain
5628 7050 2950